Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2023

Semalam kami berkumpul kat rumah amanputra. Renovate umah sedang berlangsung. 45% siap. Haaa ha kami raya lah juga. Sebahagian tido umah ida dan sebahagian rumah mimi. Makan dan berkumpul jer rumah aku. Macam lazim pepagi gi sembahyang raya kat meajid besi putrajaya.  Hari ni pulak kami ke Hulu Selangor. Belum gerak lagi dan dijangka kami mulakan perjalanan jam 11 pagi. Sarapan nasi lemak pagi ni - berat sikit lah
Recent posts

Bagamana untuk meningkatkan fokus anda? 8 tips

8 Tips meningkatkan Fokus    Perhatikan orang lain yang sedang fokus Perhatikan seseorang yang sedang fokus melakukan sesuatu, lihat pada ketenangan, mata dan cara pernafasan mereka yang lebih perlahan. Tanda fizikal luaran ini boleh memberikan anda petanda atau salah satu cara bagi meningkatkan kebolehan daya penumpuan anda. Elak input deria yang berterusan Multitugas, bunyi bising yang kuat, dan ransangan visual boleh membuatkan anda terganggu daripada kerja yang sedang dilakukan. Selain itu, berada di sekeliling atau melakukan terlalu banyak perkara ini boleh menjadikan anda seorang yang mempunyai tabiat sukar untuk menumpukan perhatian yang mana susah untuk diubah. Ambil masa untuk rehat Ambil bahagian dalam aktiviti luar, menikmati pemandangan lanskap, berharmoni dengan persekitaran dengan menarik nafas dalam dan berjalan dengan pantas dapat membantu anda menyegarkan minda dan kembali berkerja dengan lebih daya penumpuan. Utamakan perkara penting terlebih dahulu Anda boleh meningk

6 perkara perlu dijadikan habit jika nak berjaya

Jika nak berjaya amal 6 perkara ni. 1. Sentiasa prepare utk hari esok dengan schedule dan kelengkapan sekali 2. Bangun solat subuh dan bersyukur dengan apa yg kita ada dan jangan lupa minta urusan kedepan lebih lancar 3. Buat yg kerja yg susah siapkan dulu dan yg lebih senang di kemudiankan sikit tapi buat lah... 4. Tracking kerja kita dan sentiasa update status terkini supaya kita tak lupa 5. Feel Love keluarga dan sesama kita. Tanpa ibubapa dan keluarga siapa lah kita. Tanpa rakan sekerja pun kita tidak kemana. 6. Sentiasa jadi contoh yg baik pada team member.

Selamat Tahun Baru 2020

Assalamualaikum semua, Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahun baru 2020 meskipun dah 15 hari berlalu. Saya ingin flasback 2019 tapi rasanya tak perlulah.... Tinggalkan kenangan itu berlalu. 2020 yang kita tempohi akan di rancang dengan baik supaya masa tidak terbuang begiru sahaja. Buat ibu, isteri, anak-anak, kakak, staf-staf dan saudara serta rakan-rakan saya doakan kalian cemerlang dunia dan akhirat hendaknya. Cabaran sentiasa ada dan yang membezakan kita adalah cara mana kita menguruskan cabaran. Bye... salam sayang semua.

Terus ke depan

Inspirasi Pagi : _*Jika didepan memberi tauladan. Jika dibelakang memberi semangat. Jika berdampingan menentramkan hati. Itulah Pemimpin*_ “Jangan lihat masa lalunya Tapi lihatlah kesungguhan taubatnya” (Umar ibnu Khattab)

Selera Mak Ngah Muar RE-OPEN

Setelah bercuti lebih 3 bulan restoran ini beroperasi semula. Dengan nafas baru, menu baru, hampir separuh pekerja baru. Masih mencari identiti dan kelebihan sesuatu yang wajib di tonjolkan. Menunggu keajaiban dan berusaha dengan Doa pada yang maha Esa. Semoga terus bergerak melalui landasan kecemerlangan In Sha Allah....

Ucapan hari raya 1439h

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه _Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf atas segala dosa yang telah lakukan samada yang saya sedari atau tidak, dari tutur kata, teks, gambar, perbuatan,gurauan serta teguran  yang menyinggung perasaan semua samada dgn sengaja atau tidak sengaja. Moga ibadah sepanjang bulan ramadahan ini diberkati dan diterima Allah S.W.T.....In Shaa Allah_ *"Moga dipertemukan kita semua dengan ramadhan yang akan datang"* آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن *SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM BARAKALLAHU FIIKUUM* Drpd Norhisam sekeluarga.